Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan yang berkemungkinan kementerian akan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Cadangan itu dibuat berikutan pandangan yang kaedah pelaksanaan atau sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Kurikulum Sekolah Rendah/Menengah itu sendiri hingga menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.
Pada pandangan saya sendiri, pendidikan di negara kita bukanlah terlalu berorientasikan peperiksaan seperti mana ramai pihak bahaskan. Peperiksaan seperti UPSR, dan PMR itu perlu untuk memastikan pelajar terus bermotivasi dan belajar bersungguh-sungguh. Peperiksaan semua itu boleh dijadikan kayu ukur setakat mana kefahaman seseorang pelajar tersebut , bukanlah hanya dipandang sebagai pengukur kejayaan. UPSR dan PMR boleh dijadikan salah satu faktor anjakan paradigma oleh pelajar untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
Saya merasakan bahawa pemansuhan peperiksaan UPSR & PMR adalah tidak wajar kerana melalui medium inilah pelajar-pelajar dapat menilai tahap kefahaman sepanjang zaman persekolahan mereka. Peperiksaan ini juga menjadi penanda aras kepada pelajar dan menjadi satu halangan yang tidak wajar dipandang rendah
ReplyDeletePeperiksaan UPSR dan PMR bagi saya tidak wajar dimansuhkan, UPSR dan PMR diperlukan sebagai platform bagi sesorang pelajar itu untuk beralih ke peringkat seterusnya atau berada dikelompok yang sesuai mengikut keupayaannya.Jika UPSR dan PMR dimansuhkan saya yakin semakin ramai pelajar semakin malas belajar dan berusaha untuk sesuatu.Ianya juga menjejaskan ekonomi seperti pusat-pusat pendidikan seperti pusat-pusat tuisyen .Jualan buku-buku, seperti buku rujukan akan terjejas.Ibubapa pula akan mula mengabaikan anak-anak kerana pada kebiasaannya ibubapa adalah insan yang sangat peka terhadap pelajaran anak-anak ,dari situ ianya memupuk hubungan keluarga yang baik. Banyak lagi keburukan yang boleh kita lihat sebenarnya jika Upsr dan Pmr terus dimansuhkan.
ReplyDeleteNAMA: MUHAMMAD FARHAD B. RAMLI
NO MATRIK: A135480
Pada pendapat saya, UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan. Sebagaimana yang kita semua tahu, kebanyakan urusan akademik adalah berdasarkan kepada keputusan UPSR dan juga PMR. Kemasukan ke asrama, pemilihan kursus di sekolah berasrama penuh, pemilihan aliran di tingkatan empat dan banyak lagi melibatkan keputusan UPSR dan PMR. Selain itu, bagi mereka yang tidak mampu untuk belajar tinggi-tinggi, sijil PMR mungkin diperlukan untuk memohon kerja. Banyak gunanya UPSR dan PMR dalam menentukan hala tuju para pelajar.
ReplyDeleteJusteru sikap kerajaan mesti memperkasakan sistem pendidikan dan tidak meletakkan jurang yang ketara antara sekolah bandar dan luar bandar.Selebihnya kurangkan politik dalam sistem pendidikan dan jangan memangsakan para pelajar dengan sistem yang mengikut kepentingan individu kerana anak-anak ini bakal memimpin di masa depan dengan acuan yang kita buat sendiri.Sekian
NAMA:NAZATUL ATHIRAH BINTI ABDUL KHALIL
NO MATRIK:A 133487
salam.
ReplyDeletePada pendapat saya, pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR adalah tidak wajar. Hal ini kerana peperiksaan ini perlu untuk menjadi kayu ukur setiap pelajar. Melalui peperiksaan inilah baru kita tahu pelajar manakah yang lebih bijak dan berdisiplin dalam melaksanakan suatu tanggungjawab yang diberikan oleh guru-guru.
Selain itu, saya bersetuju dengan pendapat si penulis berkenaan negara kita bukanlah terlalu berorientasikan peperiksaan. Hal ini kerana setiap pelajar di sekolah mahupun universiti bukanlah dinilai hanya semata-mata berdasarkan keputusan peperiksaan tetapi mereka juga dinilai melalui sahsiah diri mereka, keaktifan mereka di dalam kokurikulum, dan juga disiplin mereka dalam menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru-guru.
Nama: Siti Zaharah Binti Mohd Tumari
Matrik: A132516
Assalamualaikum...
ReplyDeletepada pendapat saya peperiksaan UPSR dan PMR tidak sewajarnya di mansuhkan oleh beberapa sebab:
1) pemansuhan peperiksaan boleh menyebabkan pelajar leka dan alpa dalam pelajaran
2) sukar untuk menentukan pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajianyang lebih tinggi sekiranya hanya ada peperiksaan kemasukan.
3) tanpa peperiksaan minat untuk belajar adalah kurang.
Nama:norsatarunisya binti hanapi
No matrik: A134221
Salam alaykum wbt.
ReplyDeleteMohon izin berbeza pendapat. Saya merasakan tiada masalah untuk UPSR dan PMR dimansuhkan sekiranya satu alternatif yg lebih positif dapat dirangka.
UPSR dan PMR telah lama dilaksanakan tanpa satu audit yang kukuh akan keberkesanan jangka panjangnya kpd halatuju pendidikan negara. Fenomena sistem pendidikan negara kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan bukan satu khayalan. Ia realiti pahit yg harus ditelan. Tidak dapat tidak kita harus melihat kpd sistem pendidikan hari ini untuk mencari puncanya.
Mungkinkah UPSR dan PMR menjadi penyumbang kpd masalah ini. Mustahil untuk kita menafikannya 100% bukan? Justeru harus kita terbuka kpd kemungkinan kita berubah kpd sistem yg lebih baik demi lonjakan kemajuan pendidikan negara.
Jika kita masih ragu-ragu, ayuh kaji sistem pendidikan di negara-negara maju. Adakah mereka mempunyai peperiksaan sepadan dengan UPSR dan PMR kita? Jika tidak apa yang lakukan untuk memastikan para pelajar tetap mencapai tahap pendidikan yang diingini?
Mari kita mengkaji dan membuat pembandingan.