Thursday, May 24, 2012

Pendidikan teknologi hijau

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
  •  Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
  •  Menjimatkan tenaga dan sumber asli
  •  Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Sepatutnya orang yang berpendidikan mengambil tahu dan peka terhadap isu ini . Bukan sekadar menanam tebu di bibir sahaja malahan tidak ramai yang tahu apakah teknologi hijau ini sebenarnya. Dimanakah salah dan silapnya sedangkan ianya banyak meberi kepentingan kepada kita semua. Wajarkah teknologi hijau diterapkan ke dalam pendidikan sekarang?

7 comments:

  1. Teknologi hijau sangat wajar untuk diterapkan ke dalam pendidikan sekarang. Ini kera teknologi hijau bukan hanya merupakan teori yang harus difahami,,sebaliknya haruslah diamalkan dn dipraktikkan.Contohnya di UKM sendiri, teknologi hajau telah dipraktikkan dengan pembinaan bangunan baru FST yang mempunyai sistem tadahan hujan yang bergaya.Ini menunukkan aplikasi teknologi dalam pendidikan dapat membina pemikiran lebih kritis dan terkehadapan.

    ReplyDelete
  2. utk pengetahuan saudari teknologi hijau sudah diterapkan dlm pendidikan..sy merujuk kpd Universiti Teknologi Malaysia yg telah lama menekankan konsep yang dipanggil "sustainable". Konsep ini byk di praktikkan dlm Civil Engineering yang mana kita semua maklum pembangunan tidak boleh dipisahkan dlm kemajuan sesetengah negara terutamanya negara yg sedang membangun seperti Malaysia..

    ReplyDelete
  3. teknologi hijau wajar diterapkan ke dalam pendidikan sekarang. Pelajar masa kini mungkin belum cukup terdedah dengan hal ini khususnya definisi teknologi hijau itu sendiri. Dengan menerapkan isu teknologi hijau dalam pendidikan dapat memberi pengetahuan kepada pelajar di samping dapat mengharapkan generasi akan datang supaya mempraktikkan teknologi hijau.

    ReplyDelete
  4. di mana salahnya? what went wrong?

    kita mempunyai pelbagai agensi dan badan dari peringkat kementerian, institut hinggalah kepada kelab-kelab di universiti, kolej, dan sekolah. pelbagai kempen dan bengkel telah dianjurkan. jutaan ringgit telah dilaburkan untuk R&D teknologi hijau. tetapi pendidikan yg ada masih gagal mewujudkan satu budaya pemeliharaan alam yang jelas dan mampu dibanggakan.

    isunya adalah sikap. pengetahuan yg ada adalah sekadar nota di muka buku dan kata-kata indah yang sedap di dengar. yang tahu lewa mengamalkan. yang tidak tahu tambah merosakkan suasana.

    kita perlu menunjukkan contoh. people say "monkey see, monkey do".

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju dengan saudari.Seharusnya teknologi hijau perlu diterapkan dalam pendidikan supaya generasi akan datang akan dapat menyelamatkan alam sekitar dan sumber semulajadi yang ada disamping meningkatkan teknologi dengan pesat.Hal ini kerana kita bimbang mungkin masa akan datang generasi muda hanya mementingkan kemajuan tanpa menitikberatkan alam sekitar.Justeru teknologi hijau ini haruslah diterapkan di dalam pendidikan hari ini supaya anak cucu kita dapat melihat alam semulajadi seperti yang terdapat sekarang.

    ReplyDelete
  6. Saya bersetuju dengan artikel saudari mengenai teknologi hijau.Sememangnya teknologi ini adalah cara yang paling baik diaplikasikan kerana bumi kita semakin tenant.Dengan adanya teknologi ini, alam kita dapat dijaga.Kesedaran dari semua lapisan masyarakat akan keberkesanan teknologi haruslah diraih bagi meningkatkan mutu atau efisiennya teknologi hijau yang diperkenalkan ini bagi memelihara alam sekitar.

    NAMA: NUR SALWANI BINTI MISLAN
    NO MATRIK: A132969

    ReplyDelete
  7. saya sangat bersetuju dengan isu di atas. sangat wajar diterapkan pendidikan teknologi hijau sekarang :)

    ReplyDelete