Thursday, May 24, 2012

Pendidikan teknologi hijau

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
  •  Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
  •  Menjimatkan tenaga dan sumber asli
  •  Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Sepatutnya orang yang berpendidikan mengambil tahu dan peka terhadap isu ini . Bukan sekadar menanam tebu di bibir sahaja malahan tidak ramai yang tahu apakah teknologi hijau ini sebenarnya. Dimanakah salah dan silapnya sedangkan ianya banyak meberi kepentingan kepada kita semua. Wajarkah teknologi hijau diterapkan ke dalam pendidikan sekarang?

Wednesday, May 16, 2012

Wajarkah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR?

Terlebih dahulu, ramai yang mengatakan bahawa Sistem Pendidikan di Malaysia adalah terlalu berorientasikan peperiksaan untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar. Adakah ianya betul? Oleh itu, wajarkah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR?
Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan yang berkemungkinan kementerian akan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Cadangan itu dibuat berikutan pandangan yang kaedah pelaksanaan atau sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Kurikulum Sekolah Rendah/Menengah itu sendiri hingga menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.
Pada pandangan saya sendiri, pendidikan di negara kita bukanlah terlalu berorientasikan peperiksaan seperti mana ramai pihak bahaskan. Peperiksaan seperti UPSR, dan PMR itu perlu untuk memastikan pelajar terus bermotivasi dan belajar bersungguh-sungguh. Peperiksaan semua itu boleh dijadikan kayu ukur setakat mana kefahaman seseorang pelajar tersebut , bukanlah hanya dipandang sebagai pengukur kejayaan. UPSR dan PMR boleh dijadikan salah satu faktor anjakan paradigma oleh pelajar untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.